DOF nafi ikan tilapia tidak selamat dimakan

5 Apr 2023 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular poster di WhatsApp yang mendakwa ikan tilapia tidak selamat dimakan.

SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menafikan dakwaan ikan tilapia tidak selamat dimakan dan menyebabkan kanser kepada pengguna.

Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain berkata, hebahan palsu di WhatsApp itu mendakwa ikan tilapia tidak selamat untuk dimakan dan menyebabkan penyakit seperti kanser adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi menakutkan pengguna di negara ini.

“Ikan tilapia merupakan ikan air tawar yang popular di kalangan masyarakat Malaysia selain ikan keli," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, ikan tilapia diberi makanan yang menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan termasuk soya serta jagung yang mendapat kelulusan daripada pihak Kesatuan Eropah.

Jelasnya, tiada laporan secara spesifik berkaitan kesan negatif kepada manusia yang memakan ikan tilapia yang telah diberi makan Organisma Terubah Suai (GM) soya atau jagung seperti yang didakwa.

“Terdapat 200 ladang akuakultur yang dipantau mempunyai sijil Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan kawalan penyakit bagi menjamin kualiti pengeluaran sumber akuakultur negara.

“Merujuk kepada Perangkaan Tahunan Perikanan pada 2021, pengeluaran akuakultur ikan tilapia merupakan antara penyumbang sekuriti makanan yang tertinggi selain ikan keli dan ikan patin,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved