
Pelakon Iqram Dinzly baru-baru ini berasa terpanggil untuk memberi nasihat kepada pelakon Reen Rahim untuk tidak terlalu manja ketika berada di dalam industri lakonan tanah air.
Ini berikutan kes kontroversi membabitkan aktres itu yang mendakwa dia telah dicekik oleh pelakon Fezrul Khan dalam sebuah naskah filem terbaru berjudul Batu Syaitan.
Kata Iqram, Reen sepatutnya tidak menjadikan peristiwa itu sebagai sesuatu yang besar sebaliknya perlu berhati kental kerana ia membantu pelakon itu untuk lebih maju ke depan dalam dunia lakonan.
Bagi saya kalau tak lasak, nak manja-manja duduk rumah belajar masak. Dalam industri ini kita kena belajar reda dan tabah serta tingkatkan prestasi.
Tambahnya lagi, dia yakin Fezrul telah menggunakan teknik lakonan yang betul dan bukannya berniat untuk mencederakan Reen seperti yang didakwa aktres itu sebelum ini.
Takkanlah Fezrul tak waras nak cekik betul-betul. Boleh tengok dia guna teknik yang betul. Dia bukan baru setahun jagung tak tahu caranya.
Terdahulu, Iqram pernah juga terpalit dengan isu yang sama apabila dia didakwa dengan sengaja mencekik pelakon Mona Allen ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.
Namun begitu, Mona dan Iqram kemudiannya mengakui kekecohan tersebut hanyalah sekadar gimik bagi mempromosikan drama berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” - Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama
The post “Dok Rumah Belajar Masak Je..” – Isu Dicekik Fezrul Khan, Iqram Dinzly ‘Nasihat’ Reen Rahim Jangan Manja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

