Doktor belasah isteri selepas dicekup bersama 2 lelaki lain dalam bilik hotel

17 May 2024 • 10:39 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang doktor di Uttar Pradesh didakwa membelasah isterinya dan dua lelaki lain di sebuah hotel.

Menurut laporan NDTV, doktor berkenaan mendakwa dia telah mencekup isterinya bersama dua lelaki lain yang disyaki sebagai kekasihnya di hotel tersebut.

Berang dengan penemuan yang tidak dijangkakan, doktor tersebut bersama seorang ahli keluarganya bertindak membelasah isterinya dan dua lelaki tersebut.

Pihak hotel kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Bertindak di atas maklumat, polis datang ke lokasi dan menahan isteri doktor dan dua lelaki tersebut.

Dalam masa sama, doktor itu pula membuat laporan polis terhadap isterinya yang didakwa curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain.

Video kejadian itu turut telah tersebar di media sosial, menambahkan lagi kekecohan kepada situasi tersebut.

Doktor dan ahli keluarganya juga ditahan polis atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam.

Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati pasangan berkenaan sering bertengkar sejak dua tahun lalu, yang telah menyebabkan mereka hidup secara berasingan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved