Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan pihak hospital yang didakwa telah melakukan kecuaian sehingga menyebabkan anak lelakinya meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita ini berkongsikan saat-saat akhir ketika anaknya menerima rawatan di hospital tersebut.
“Nampak seperti biasa, tetapi inilah hari terakhir kita makan bersama. Selera makan Iman bertambah. Perhatikan tangan yang ada tiub biru, segalanya bermula di situ. Permulaannya jarum di tangan itu hanya bengkak kerana air yang tak masuk.
“Pada malam tu, Iman kena dimasukkan ubat antibiotik tetapi ubat tak dapat nak masuk sebab jarum bengkok. Nurse buka jarum dan beri oksigen. Tak semena-mena muka dan tangan Iman jadi bengkak,” tulisnya.
Setelah melihat keadaan anaknya, dia memanggil jururawat yang bertugas dan mereka membawa anaknya ke sebuah bilik lain. Dia cuba mendapatkan jawapan daripada doktor untuk mengetahui punca dan keadaan anaknya, namun jawapan hampa diberikan.
“Bila Iman keluar dari bilik tu, tangan Iman bertukar menjadi warna ungu dan bengkak. Dan doktor beritahu akan off antibiotik tu 24 jam, tapi mereka tipu.
“Pukul 6 pagi, Iman dibawa masuk ke bilik yang sama ambil darah untuk tahu punca sebenar. Mummy dengar suara Iman menangis,” katanya.
Di saat akhir pemergian anaknya, Iman sedang menunaikan solat Asar dan secara tiba-tiba sahaja dia menjerit kesakitan.
“Iman tengah duduk tahyat akhir sambil pegang leher seolah mencari nafas.
“Nurse dengan kelam kabut beritahu baru masuk antibiotik terus jadi sesak nafas. Ternyata doktor beri arahan lagi untuk bagi antibiotik yang sama masa Iman allergic malam tu,” katanya.
Ketika itu wanita ini masih mengharapkan keajaiban agar anaknya pulih kembali, namun anaknya pergi tanpa kata.
“27/10 birthday Iman yang ke-9 tapi Iman tak ada bersama mummy, Iman janji nak jaga mummy dan adik-adik. Tapi janji tu Iman tepati cuma mummy tak nampak Iman, tunggu mummy dan adik-adik ya,” tulisnya.
Sumber: Suzie Shariff
The post ‘Doktor beri arahan lagi untuk bagi antibiotik yang sama masa Iman allergic malam tu’ – Ibu terkilan kecuaian hospital menyebabkan anak lelakinya meninggal dunia appeared first on The Reporter.



