Doktor hilang ketika lakukan aktiviti luncur angin

15 Nov 2026 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Doktor hilang ketika lakukan aktiviti luncur angin
Pasukan bomba berada di lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.
Image from: Doktor hilang ketika lakukan aktiviti luncur angin
Seorang doktor berusia 74 tahun dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seorang doktor dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, berhampiran sebuah kelab renang di sini pada Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan lelaki berusia 74 tahun itu pada jam 7.42 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Jentera tiba di lokasi tiga minit kemudian. Pasukan Keluaran Operasi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

**media[3711480]**

Beliau berkata, Pusat Kawalan Bomba (PKB) turut dibuka di kelab renang berkenaan bagi menyelaras operasi.

"Operasi SAR membabitkan lima anggota termasuk penyelia dengan bantuan jentera Fire Rescue Tender. Operasi turut mendapat bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.

"Sehingga laporan awal dikeluarkan, mangsa masih belum ditemukan manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan," ujarnya.

John berkata, maklumat mengenai pencarian mangsa akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved