Doktor Hospital Kemaman Didakwa Cabul Kanak-Kanak, Polis Jumpa Gambar Pesakit Dalam Telefon

10 Feb 2023 • 10:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Terkini! Seorang doktor lelaki berusia 30 tahun ditahan polis Terengganu untuk membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang pesakit kanak-kanak berusia 12 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, penahanan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa pada malam Rabu.

Didakwa cabul pesakit di wad kanak-kanak, polis jumpa gambar

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa memberitahu, suspek yang merupakan doktor perubahan di Hospital Kemaman didakwa mencabul mangsa di wad kanak-kanak hospital tersebut.

Mangsa memaklumkan bahawa suspek adalah seorang doktor yang merawatnya dan melakukan perbuatan tidak senonoh serta merakam gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek.

Susulan dakwaan yang dibuat mangsa, polis telah merampas telefon bimbit suspek dan menjumpai beberapa gambar dalam telefon tersebut.

Pihak polis percaya ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan terlibat susulan penemuan awal tersebut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan suspek akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini.

Kredit: Harian Metro