Doktor Kena Tahan Disyaki Cabul Pesakit Berusia 15 Tahun

7 Jun 2024 • 2:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang doktor ditahan atas dakwaan mencabul pesakit perempuan yang berusia 15 tahun bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kes yang berlaku di Hospital Changkat itu pada jam 9.14 malam, Selasa lalu.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Susulan itu, Hafezul memaklumkan bahawa sepasukan pegawai polis telah berjaya menahan suspek sekitar jam dua petang bagi siasatan lanjut, pada Rabu.

image is not available

“Mangsa mengatakan dia telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.
“Ekoran laporan tersebut, pada 05/06/2024 sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah telah membuat tangkapan ke atas lelaki bergelar doktor untuk siasatan lanjut,” katanya pada satu kenyataan pada Khamis.

Walau bagaimanapun, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan yang stabil dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

image is not available

 

 

Foto: Gambar Hiasan

Beliau juga menyeru orang ramai untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Insp Mohamad Zulkarnaiin Bin Jusoh di talian 013-9740294 sekiranya mempunyai maklumat tentang kes ini.

Sumber: Facebook Polis Daerah Perak Tengah