
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan setiap di antara kita pastinya mempunyai makanan kesukaan masing-masing.
Ada yang suka makanan berasaskan ayam, daging, ikan, atau makanan laut dan sebagainya untuk sumber protein. Tidak kurang juga ada yang memilih sumber protein daripada kekacang atau tumbuh-tumbuhan.
Namun mungkin ada segelintir di antara kita yang takut untuk mengambil daging kerana bimbang jika terdedah kepada risiko penyakit berbahaya.
Doktor kongsi cara untuk makan daging dengan selamat
Baru-baru ini pengamal perubatan, Dr Sarah Azri yang juga merupakan doktor kanser telah berkongsi tips atau cara menikmati daging merah dengan cara yang selamat dan sihat.
Menerusi hantaran di Threads, Dr Sarah Azri yang berpangkalan di luar negara dipercayai di Perancis mengatakan daging merah mengandungi protein yang baik, vitamin B12, dan juga zat besi.
Namun ia juga diklasifikasikan oleh World Health Organisation (WHO) sebagai ‘kasinogen kumpulan 2A’ iaitu jenis makanan yang mungkin bersifat karsinogenik kepada manusia.
Jelas Dr Sarah walaubagaimanapun, semua perkara itu bergantung kepada jumlah dan bagaimana daging itu dimakan.
Oleh itu, Dr Sarah telah berkongsi beberapa cara untuk makan daging dengan lebih selamat.
“Dana Penyelidikan Kanser Sedunia mengesyorkan mengehadkan daging merah seperti (daging lembu, kambing dan sebagainya) kepada tiga hidangan seminggu.
“Ini bersamaan dengan sekitar 350-500 gram berat yang dimasak. Melebihi dari had ini (saiz) adalah di mana kaitan paling kuat dengan kanser kolorektal muncul,” katanya.

Elakkan pengambilan makanan daging berproses
Menurutnya lagi, elakkan pengambilan daging berproses seperti sosej atau daging deli atau kepingan seperti ham kerana ia merupakan ‘karsinogen kumpulan 1’ dan ianya berdasarkan bukti.
“Nitrat dan nitrit yang digunakan untuk mengawet boleh membentuk sebatian yang menyebabkan kanser dalam badan.”

View on Threads
Gunakan suhu dan cara memasak daging yang betul
Selain itu, Dr Sarah juga menjelaskan mengenai suhu memasak daging melalui gorengan, bakar atau secara barbeku yang boleh menghasilkan kimia yang dipanggil HCAs (heterocyclic amine) dan PAHs (pulmonary arterial). Ia boleh merosakkan DNA (deoxyribonucleic acid).
Cara untuk mengatasinya adalah masak pada suhu yang rendah dan perlahan seperti cara memasak stew, mengukus atau rebus lebih kerap daripada memanggang.
Sekiranya anda perlu memanggang daging berkenaan elakkannya terkena api secara terus (direct) atau hangus.

Ambil daging dengan makanan berserat tinggi
Bukan hanya itu, Dr Sarah juga ada memberi tip lain seperti:
- Rendam daging dalam jus lemon, minyak zaitun atau herba seperti rosmeri selama 30 minit kerana boleh mengurangkan pembentukan HCA berbahaya sehingga 90%.
- Jangan makan daging merah secara berasingan sebaliknya padankan ia dengan makanan berserat tinggi. Ini kerana serat membantu menggerakkan makan melalui saluran penghadaman dengan lebih cepat, selain menghadkan masa karsinogen berpotensi bersentuhan dengan lapisan kolon anda.
- Isi 2/3 pinggan anda dengan sayur-sayuran dan 1/3 dengan daging.
Sebenarnya korang, tidak ada masalah jika nak makan daging merah cuma hanya perlu pastikan ia dimasak dengan cara yang betul dan tidak diambil secara berlebihan.
Dalam sebarang perkara kita perlu melakukannya secara berpada-pada dan tidak berlebihan meskipun ia perkara yang sihat ia juga boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dikawal.
View on Threads
