Doktor layang surat terbuka buat Menteri Kesihatan, mohon dilayan seperti manusia

LocalHealth & Fitness
21 May 2025 • 9:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
surat terbuka buat Menteri

Seorang pengguna Facebook yang juga pekerja sektor perubatan, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad telah melayangkan surat terbuka buat Menteri Kesihatan dan kerajaan Malaysia apabila menzahirkan rasa bimbang terhadap sektor tersebut.

Surat terbuka buat menteri, minta dilayan sewajarnya

Melalui surat terbuka berkenaan, dia yang mewakili suara bagi seluruh petugas kesihatan termasuk doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan (MA), ahli farmasi dan seangkatan dengannya ingin menyatakan tentang beban kerja yang keterlaluan sehingga memberikan tekanan emosi, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan terhadap peranan mereka.

image is not available

Surat terbuka buat menteri, dedah penderitaan dihadapi pekerja perubatan

Ujarnya, mereka sama sekali tidak meminta untuk dilayan seperti menteri tetapi cukup sekadar dihargai seperti seorang manusia lain.

“Tidak minta dilayan macam menteri, cukup dilayan macam manusia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Fadhzil turut menyentuh soal kesukaran hidup yang terpaksa dihadapi oleh petugas kesihatan akibat beban kerja yang luar biasa dalam surat terbuka tersebut.

“Cuba bayangkan, kalau mak ayah kita kerja dari 7 pagi, berdiri, tukar lampin orang tua, lari ke X-ray, kena marah depan pesakit, ikut doktor-doktor buat round, kena buat laporan, balik lambat, anak di rumah makan mi segera.
Agak-agak, boleh tahan ke hidup macam tu 30 tahun? Itulah kehidupan pekerja kesihatan di Malaysia hari ini,” katanya.

 

Beliau juga mendedahkan realiti sebenar yang mungkin tidak dilihat oleh masyarakat, apabila ada yang terpaksa bekerja 60 hingga 70 jam seminggu dan hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali seminggu.

“Jururawat tak berhenti, tukar lampin, bersihkan darah dan urus emosi.
MA tolak pesakit 200 kilogram tanpa lif khas.
Ahli farmasi semua kerja tanpa penghargaan,” tambahnya lagi.

image is not available

Cadang 5 reformasi untuk jaga kesejahteraan pekerja perubatan

Susulan itu, beliau mencadangkan lima reformasi kesihatan utama demi menjaga kesejahteraan pekerja barisan hadapan.

Antaranya adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Khas Barisan Hadapan dan memberikan cuti Hari Kesihatan Mental automatik sebanyak dua kali setahun.

image is not available

Selain itu, beliau turut mencadangkan dasar penyatuan keluarga penjawat awam, sistem waktu bekerja fleksibel, bekerja dari rumah bagi unit bukan kritikal serta Hari Barisan Hadapan Nasional yang diraikan dengan cara sewajarnya.

“Nak jimat kos negara? Beri motivasi. Bila semangat kerja hidup, pesakit gembira, sistem stabil.
“Kami jaga negara waktu pandemik. Tetapi sekarang kami tanya, siapa pula jaga kami?
“Kami bukan ancaman. Kami tulang belakang. Tulang belakang pun boleh patah kalau selalu dibebani.
Ini bukan rayuan, ini seruan reformasi,” jelasnya penuh harapan.

image is not available

Ramai luah kesal

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang kebanyakkannya meluahkan kekesalan diatas beban yang ditanggung petugas kesihatan sehingga kini.

Mereka berharap akan ada inisiatif yang dapat membantu meringankan beban para pekerja perubatan supaya dapat menjalankan tugas dengan tenang.

image is not available

Elaun pun kritikal

image is not available

Kementerian paling teruk?

image is not available

Semoga ada pembelaan buat seluruh pekerja perubatan agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan adil dan penuh dedikasi.