Doktor Masih Tak Dapat Pastikan Keadaan Ismail Sabri Untuk Beri Keterangan Esok!

LocalPolitics
11 Mar 2025 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ismail Sabri

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin bakal disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, tetapi doktor yang merawatnya masih belum dapat mengesahkan sama ada beliau cukup sihat untuk memberi keterangan.

Menurut laporan Harian Metro, doktor yang merawat Ismail Sabri sudah pun dipanggil untuk dirakam keterangan oleh SPRM.

Doktor masih tidak dapat pastikan keadaan Ismail Sabri

image is not available

Doktor tersebut masih tidak dapat pastikan mengenai tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu walaupun cuti sakitnya akan tamat.

Sekiranya beliau sihat, keterangan percakapan boleh diambil oleh SPRM.

13 akaun bank dibekukan, 36 individu dipanggil SPRM

image is not available

Siasatan terhadap kes ini semakin berkembang apabila 13 akaun bank telah dibekukan bagi membantu siasatan lanjut.

Setakat ini, 36 individu termasuk empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri telah dirakam percakapan.

SPRM terus melakukan siasatan bagi mengenal pasti lebih banyak maklumat mengenai kes ini.

#ApaKataOhmedia

Bila melibatkan siasatan pihak berkuasa, kita sebagai rakyat perlu elakkan sebarang spekulasi dan biarkan proses perundangan berjalan dengan adil. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.