Doktor Sahkan Ini Penyakit Yang Dihidapi Suhaimi Saad Ketika Ini

14 Nov 2023 • 12:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team Suhaimi Saad berkongsi perkembangan kesihatan suaminya yang kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kata Ina Naim, suaminya dimasukkan ke hospital sejak lima hari lalu dan menunjukkan perubahan baik meskipun masih ditidurkan.

Doktor mengatakan keadaan kesihatan suami Ina Naim kritikal tetapi semalam oksigen berada di tahap normal cuma jantung masih laju sekitar 130.

image is not available

Ina bagaimanapun memohon maaf jika suaminya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas Tuberculosis (tibi).

Untuk sahkan lagi, doktor sudah jalankan ujian kedua, tetapi kami masih menantikan keputusan.

Mengenai dakwaan suami tak percayakan rawatan moden, Ina mendedahkan Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital. Mereka sebenarnya sudah banyak berikhtiar dan ini adalah ikhtiar terakhir.

image is not available

Bapa saya cadangkan agar bawa balik Suhaimi jalani rawatan di Johor Bahru supaya mudah jika berlaku apa-apa.

Keadaan Suhaimi ketika itu lemah dan berikan keizinan untuk ditidurkan untuk kurangkan kesakitan.

Pada awalnya, mereka menyangkakan Suhaimi hanya batuk biasa kerana banyak makan buah. Tetapi keadaannya semakin teruk sehingga sesak nafas.

Apabila batuk beransur pulih, Suhaimi cirit birit pula sehingga berat badan tinggal 43 kilogram.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.