“Doktor Tak Nasihat Ke??” – 8 Kali C-Sect, Kisah Ibu Muda Meninggal Dunia Ketika Lahirkan Anak Ke-11 Undang Perdebatan

EntertainmentFamily & Parenting
12 Dec 2022 • 6:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila satu laman majalah wanita dan keibubapaan, Mingguan Wanita ada menyajikan pembaca mengenai kisah ibu muda yang melahirkan anak ramai namun meninggal dunia akibat komplikasi plasenta pada kelahirannya yang ke-11.

Difahamkan, Allahyarhamah yang dikenali sebagai Nur Zaihan itu dijemput ilahi ketika melahirkan anak bongsu yang ke-11 yang kini masih ditempatkan di NICU, HUKM.

Cerita mengenai pemergian arwah itu dikongsikan oleh adiknya sendiri di media sosial.

Beranak di dunia, berpantang di syurga, ditidurkan di dunia, dibangunkan di syurga.

Masih terkilan. Masih tak percaya pemergiannya. Hilang tempat mengadu. Hilang seorang kakak. Semoga suami dan anak yang lain tabah dengan segala dugaan.

Perkongsian tersebut ternyata telah menimbulkan pelbagai respon daripada netizen di Facebook terutamanya.

Netizen dilihat mempersoalkan tanggungjawab suami membenarkan isteri melahirkan anak tanpa memikirkan soal kesihatan si isteri dan juga kredibiliti doktor dalam memantau ibu-ibu hamil; seperti dari segi kemampuan untuk hamil dan sebagainya.

Salam takziah, saya cuma rasa janggal dengan cerita sebegini 8 kali caeser, tidak kah doktor menasihati arwah dan suami bila berhadapan kes macam ni?

Ada juga yang menasihati para ibu di luar sana agar mementingkan kesihatan diri masing-masing agar kebajikan anak-anak turut terjaga, dan bukannya hanya mementingkan kuantiti daripada kualiti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Bekas Tunang, Bukan Bekas Kekasih" - Nafi 'Mangsa' Ikon Permotoran, Bekas Tunang Minta Henti Kaitkan Dirinya