Doktor terkejut biawak 'datang' klinik

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 8:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video yang menunjukkan kehadiran seekor biawak di Klinik Penawar Ampangan.

image is not available
Haiwan tersebut kelihatan menerjah masuk secara tiba-tiba melalui pintu yang terbuka.

image is not available
Kehadiran seekor biawak di sebuah klinik di Ampangan telah mencetuskan suasana panik di klinik terbabit.

SEREMBAN - 'Kedatangan' tanpa diundang seekor biawak ke sebuah klinik di Ampangan di sini telah mencetuskan suasana panik dan lucu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik Klinik Penawar Ampangan di laman sosialnya pada Selasa, haiwan tersebut kelihatan menerjah masuk secara tiba-tiba melalui pintu yang terbuka.

Biawak berkenaan kemudiannya telah memasuki ruang kaunter pendaftaran dan telah mengejutkan seorang staf wanita yang sedang duduk di situ.

**media[2877511]**

Dia yang terkejut dilihat berlari ke bilik farmasi untuk memaklumkan perkara itu kepada seorang doktor lelaki.

Namun apa yang lucunya, ketika doktor terbabit cuba mengintai biawak berkenaan, haiwan itu meluru masuk.

Ia dengan serta-merta menyebabkan mereka panik dan cuba melarikan diri sehingga menyebabkan doktor itu tergelincir serta jatuh terduduk.

**media[2877509]**

Ketika haiwan itu cuba menghampiri mereka, doktor terbabit bertindak menolak kerusi berdekatannya yang membuatkan biawak itu takut dan terus keluar.

Pada keterangan video kejadian yang berlaku, klinik terbabit memberitahu "Maaf kami tidak menerima pesakit selain manusia”.