Doktor Wanita Dicari Bantu Siasatan Kes Rogol Remaja Bawah Umur

16 Apr 2023 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Polis sedang mengesan seorang doktor wanita bagi membantu siasatan kes rogol gadis berusia 16 tahun pada 12 Mac lalu - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang doktor wanita bagi membantu siasatan kes rogol gadis berusia 16 tahun pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, polis menerima maklumat mengenai perkara itu daripada doktor terbabit pada jam 4.40 petang melalui panggilan telefon.

“Pengadu warga tempatan yang bekerja sebagai doktor di klinik kesihatan ibu dan anak di Jitra, Kedah memaklumkan pesakitnya (remaja perempuan) ketika pemeriksaan mengadu sakit perut, loya dan tidak datang bulan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit itu tidak mengandung dan memaklumkan kepada doktor dia pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, siasatan mendapati doktor terbabit bernama Fatimatuz Zahra Abu Bakar yang bertugas semasa menerima pesakit tersebut adalah saksi penting dalam kes itu.

“Hebahan ini bertujuan meminta doktor tersebut menghadiri diri ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Jenayah iaitu Inspektor Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222,” katanya. – Getaran, 16 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved