Seorang doktor wanita berusia 31 tahun dalam bidang perubatan dada, ditemui mati dengan kecederaan parah di RG Kar Medical Hospital, Kolkata.
Laporan awal autopsi mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk pendarahan di mata dan mulut, serta tulang leher yang patah.
Mangsa ditemui mati di sebuah dewan seminar hospital tersebut pada pagi Jumaat. Laporan autopsi juga menunjukkan mangsa telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Terdapat kesan pendarahan di bahagian sulit mangsa serta kecederaan di perut, kaki kiri, leher, tangan kanan, jari manis dan bibir.
Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa dikatakan keluar makan malam bersama rakan sekerja pada pukul 2 pagi. Selesai mkan malam, mangsa pergi ke dewan seminar untuk berehat. Mayatnya ditemui pada pagi keesokan hari.
Kes ini telah mencetuskan protes besar-besaran oleh para doktor di seluruh negeri.
Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee memberi jaminan kerajaan negeri akan memastikan hukuman berat dikenakan terhadap pelaku.
Suspek ditahan, kantoi tertinggal barang peribadi
Dalam perkembangan terbaru, polis Kolkata berjaya menahan suspek utama kes ini dengan bantuan bukti sebuah alat Bluetooth yang ditemui di tempat kejadian.
Suspek, Sanjay Roy, dikenal pasti melalui rakaman CCTV yang menunjukkan beliau berada di sekitar dewan seminar pada waktu kejadian. Polis berjaya mengesan alat Bluetooth tersebut yang secara automatik bersambung dengan telefon bimbit suspek semasa siasatan.
Suspek direman selama 14 hari dan kini berdepan dengan tuduhan rogol dan membunuh.
Sumber: NDTV
The post Doktor wanita ditemui mati, dirogol sebelum dibunuh dengan kejam di hospital appeared first on The Reporter.



