
Kota Kinabalu: Seorang penjawat kerajaan berusia 54 tahun didenda sejumlah RM14,000 kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran untuk tuntutan keluasan tanah terbabit dalam pembinaan projek menaik taraf jalan di Keningau.
Justine Ongkomog @ Amran Mohd Osman, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, atas lima pertuduhan alternatif terhadapnya pada Selasa.
Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan keempat dan kelima manakala bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengguna pakai ‘Take Into Consideration’ (TIC).
Pihak pendakwaan memohon TIC untuk digunakan pada pertuduhan pertama hingga ketiga di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Justine didakwa menggunakan tiga dokumen palsu iaitu borang penyata loji dan lain-lain di mana dokumen itu diserahkan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah, Keningau untuk menipu bagi tujuan mendapatkan bayaran bagi tuntutan kawasan tanah yang terlibat pembinaan projek jalan naik taraf Sook-Tulid-Sinua-Sinua, Keningau (Fasa 2).
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, Justine yang buta, didenda RM7,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, Justine menggunakan dua dokumen palsu iaitu borang penyata loji dan lain-lain di mana dokumen tersebut telah diserahkan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah, Keningau untuk menipu bagi tujuan mendapatkan bayaran bagi tuntutan kawasan tanah yang terlibat pembinaan projek jalan naik taraf Sook-Tulid-Sinua, Keningau (Fasa 2).
Kesalahan itu berlaku di pejabat Pemungut Hasil Tanah di Keningau pada 4 Jun 2014.
Kesalahan di bawah Seksyen 471/465 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau penjara, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Justine meminta dibicarakan terhadap lima pertuduhan utama tetapi memandangkan dia mengaku terhadap pertuduhan alternatif, pertuduhan utama mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditarik balik.
Justine membayar denda itu.
Semasa mitigasi, Justine yang ditemani saudaranya untuk memasuki kandang tertuduh, memohon hukuman ringan dengan mengatakan dia buta dan isterinya menghidap kanser.
Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia bekerja tetapi bercuti atas sebab kesihatannya.
Justine menambah dia perlu menjaga lima anaknya dan ibu mertuanya yang cacat.
Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Justine.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
