Dolby Atmos FlexConnect Dilancarkan Bagi Memudahkan Speaker Diletakkan Di Rumah

TechnologyDigital
5 Sep 2023 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami sudah menguji beberapa sistem audio Dolby Atmos di makmal Amanz. Setiap kali ini dilakukan, speaker perlu diletakkan pada kedudukan tertentu bagi memastikan audio didengari pada tetapan optimum. Dolby menyedari tidak semua pengguna mempunyai ruang untuk sistem audio dan oleh itu Dolby Atmos FlexConnect telah diumumkan.

Dengan Dolby Atmos FlexConnect, sebarang speaker nirwayar boleh dipadankan kepada sebuah TV dan kemudiannya diletakkan di mana sahaja ia diinginkan oleh pengguna. FlexConnect kemudian akan melakukan proses menala semula audio mengikut kedudukan speaker dan saiz ruang sistem audio digunakan. Proses ini dilakukan secara automatik menggunakan perisian. Selepas itu pengalaman Dolby Atmos boleh dinikmati dengan lebih tepat tanpa mengira konfigurasi speaker dan ruang.

Pada waktu ini hanya TCL menyokong Dolby Atmos FlexConnect dengan TV model 2024 mereka boleh menyokong sehingga dua speaker nirwayar yang ditambat menggunakan bluetooth. Lebih banyak pengeluar lagi akan menyokong FlexConnect di masa hadapan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved