Dompet Hilang Berisi Wang Ditemui Semula Di Balai Polis, Namun Lelaki Kecewa Setelah Lihat Isi Di Dalam

9 Jul 2022 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang individu meluahkan kekecewaannya ke atas sebuah balai polis di Hitech Kulim, Kedah.

Dompet Hilang Berisi Wang Ditemui Semula Di Balai Polis, Namun Lelaki Kecewa Setelah Lihat Isi Di Dalam. Mungkin dompet kosong waktu dituntut di balai polis menjadi hal remeh untuk sesetengah orang. Namun, tidak bagi 2 beradik ini, Augustin Devadass dan adiknya, pemilik dompet. Augustin telah menceritakan insiden ini di komen sebuah perkongsian gambar di FB.

Insiden ini berlaku di Balai Polis Hitech Kulim, Kedah apabila seorang pengguna laman sosial Facebook dengan akaun, Faz Ishak membuat perkongsian bergambar tentang penemuan dompet individu yang telah beliau temui di tengah jalan sebelum menyerahkan dompet tersebut ke balai polis berkenaan.

image is not available
Lelaki Ini Kecewa Duit Hilang Dalam Dompet Lepas Tuntut Dari Balai, Dakwa Dicopet Polis.Sumber gambar: FB I Love Sabah!!

Gambar postingan FB menjadi bahan bukti utama.

Namun demikian pemilik dompet tersebut dan abangnya berasa curiga ketika mendapat kembali dompet berkenaan tetapi isinya kosong. Padahal gambar yang dikongsikan oleh Faz berkata sebaliknya.

Sebelum memulakan cerita yang cukup ”wow” tersebut, Augustin sempat memuji sikap baik Faz Ishak dan niat baik Faz Ishak jugalah yang telah membuka mata Augustin dan adiknya tentang ”kepercayaan kepada kakitangan kerajaan” apabila wang sebanyak RM200 didalam dompet tersebut hilang dan yang mengejutkan adalah si pencuri merupakan seorang anggota polis!

image is not available
!Sumber gambar: FB I Love Sabah!!

Dompet kosong, RM1 istimewa pula jatuh!

Dompet kosong bukan satu-satunya bukti bahawa berlakunya pemgambilan ”hak” orang lain. Yang lebih dahsyat apabila anggota tersebut bertindak seolah-olah beliau memiliki sifat seorang budiman dengaan memulangkan kembali wang yang telah diambil dan tanpa disedari oleh anggota tersebut, satu helai RM1 istimewa milik adik Augustin jatuh dari poketnya sendiri. Tindakan budiman ini dilakukan hanya selepas adik Augustin berniat untuk membuat laporan ke atas anggota tersebut dengan menjadikan gambar di FB sebagai bukti.

Jadi disini, kita sebagai masyarakat menjadi keliru harus mempercayai siapa untuk urusan kehilangan. “Harapkan pegar, pegar makan padi”Kehilangan dompet pasti menjadi kekhawatiran kita kerana dalam masa yaang sama sudah pasti kad pengenalan kita turut hilang dan kita harus membayar denda kerana kecuaian. Namun, kini kekhawatiran hilangnya wang dikebas pihak ”berkuasa” menjadi yang utama.

Untuk cerita semasa yang lain, baca artikel: