Donald Trump Dikatakan Bersembunyi Di Mar A Lago

WorldPolitics
2 Mar 2026 • 2:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perang dunia ke-3 semakin dekat apabila Amerika Syarikat bersama Israel lancarkan serangan ke atas Iran. Tapi yang jadi persoalan, di mana sebenarnya Donald Trump ketika keputusan besar itu diumumkan?

Rupanya, Trump tidak berada di Washington ketika serangan Iran bermula. Sebaliknya beliau berada di resort mewahnya, Mar A Lago di Florida dan membuat pengumuman menerusi video di platform Truth Social sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan.

Donald Trump umum dari resort di Florida

image is not available

Berbeza dengan kebiasaan presiden sebelum ini yang gunakan Pejabat Oval untuk umum operasi ketenteraan, Trump memilih rakam video lapan minit dari Mar A Lago. Dalam video itu, beliau berdiri di podium memakai topi besbol putih.

Serangan Iran yang dinamakan Operasi Epic Fury itu diumumkan tanpa sidang media rasmi. Selepas itu, tiada penjelasan panjang lebar dibuat kepada media ketika beliau masih berada di Florida.

Terus pulang ke Washington

image is not available

Selepas pengumuman dibuat, Trump kemudian kembali ke Washington. Namun sepanjang tempoh awal serangan Iran berlangsung, beliau dilihat lebih banyak berdiam diri dan tidak menjawab soalan wartawan.

Pentadbiran beliau juga tidak tampil secara terbuka dengan sidang media besar bagi menjelaskan operasi tersebut. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya tentang pendekatan komunikasi yang digunakan kali ini.

Pssttt! Ohmedia harap apa pun pendirian politik korang, bila melibatkan serangan Iran dan isu perang, ketelusan serta kejelasan maklumat memang penting supaya rakyat tidak terus tertanya-tanya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Donald Trump Dikatakan Bersembunyi Di Mar A Lago appeared first on Oh! Media.
View Original Article