Donald Trump Umum Berita ‘Gempar’, Nak Amerika Syarikat Ambil Alih Gaza – “Kami Akan Pastikan Ia Dibangunkan Dengan Baik”

WorldPolitics
5 Feb 2025 • 2:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donuld Trump telah membuat pengumuman yang mengejutkan ramai pihak apabila dia berkata mahu Amerika mengambil alih Gaza yang sedang dilanda perang.

Nak Amerika Syarikat ambil alih Gaza

Melalui laporan The Edge, Trump turut berhasrat mahu mengalihkan penduduk Palestin daripada Gaza secara kekal ke negara-negara jiran dan bangunkan negara itu dari segi ekonomi.

image is not available

Difahamkan, langkah ini merupakan caranya untuk mengubah dasar AS selama dalam konflik Israel-Palestin.

Akan pindahkan penduduk Palestin ke negara jiran

Trump menyifatkan Gaza ini merupakan ‘tapak pembongkaran’ dan disebabkan itu dia mencadangkan agar rakyat Palestin dipindah ke negara jiran lain seperti Jordan, Mesir dan negara Arab yang lain.

image is not available

Amerika akan mengambil alih Genting Gaza, dan kami akan memastikan ia dibangunkan dengan baik. Kami akan bertanggungjawab untuk membersihkan semua bahan letupan dan senjata berbahaya yang masih tinggal di sana.

Bagaimanapun, Trump tidak berkongsikan secara mendalam mengenai proses pemindahan penduduk Gaza ke negara lain.

image is not available 2 weeks ago

Yakin Rakan Global Terbaik & Mahu Eratkan Hubungan, Arab Saudi Melabur $600 Bilion Untuk Amerika Syarikat