Dongeng Musim Tengkujuh

5 Jul 2025 • 8:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

—sebuah dupleks

di pinggir musim, bermula tengkujuh—
sehelai semutar jadi selimut.
selimut semutarku koyak-rabak.
angin timur laut keras menari.
kuteringat tarian angin timur—
belantara muda menggigil kecil.
waktu kecilku, belantara luas.
sungai mengalir jernih tanpa luka.
luka jernih mengalir bagai sungai
melimpah. hujan turun tanpa henti.
hujan mataku berhenti melimpah.
angin timur laut keras menari.
laut dan angin—tarian abadi.
di pinggir tengkujuh, musim bermula.

 

Jack Malik

The post Dongeng Musim Tengkujuh appeared first on Selangorkini.

View Original Article