Dongfeng Cars Malaysia Anjur Latihan Untuk Tingkat Kemahiran EV

LocalTechnology
28 Jan 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dongfeng Cars Malaysia melalui pengedar dan pengimport eksklusif Central Auto Distributors Bhd (CADB), terus memperkukuh kemampuan pasukan jualan dan servisnya dengan menganjurkan sesi latihan teknikal intensif.

Langkah ini bertujuan memastikan kakitangan dan wakil pengedar yang dilantik memiliki pengetahuan mendalam dan kemahiran yang diperlukan untuk menyokong keperluan pelanggan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

image is not available

Dongfeng BOX merupakan kenderaan elektrik komersial yang direka untuk memenuhi keperluan logistik bandar, dengan jarak perjalanan sehingga 430 km menggunakan bateri berkapasiti tinggi.

Model ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri keselamatan terkini, dan kecekapan tenaga yang tinggi.

image is not available

Latihan teknikal yang dijalankan memberi penekanan kepada pemahaman aspek teknikal, strategi penyelenggaraan, dan pengendalian ciri-ciri unik Dongfeng BOX.

Dengan latihan ini, Dongfeng Cars Malaysia memastikan setiap kakitangan dan wakil pengedar yang dilantik bersedia memberikan khidmat yang cekap, profesional, dan memenuhi standard tinggi yang ditetapkan oleh industri EV.

image is not available

Sebagai pengedar eksklusif jenama Dongfeng di Malaysia, CADB yang merupakan anak syarikat Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) itu, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat automotif terkenal dari China untuk membawa masuk model EV seperti Dongfeng BOX.

Pengarah Operasi CADB, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, latihan teknikal ini merupakan komitmen kami dalam memperkukuh pasukan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik.

“Kerjasama dengan Dongfeng juga menunjukkan komitmen CADB untuk membawa masuk teknologi terkini dan menyokong matlamat kerajaan dalam memperluas penggunaan EV di Malaysia,” katanya.

image is not available

Menurutnya, Dongfeng Cars Malaysia berperanan dalam memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik yang mampu menyokong matlamat kerajaan untuk mempromosikan mobiliti hijau.

Langkah ini selaras dengan usahameningkatkan kesedaran tentang kenderaan mesra alam serta mewujudkan ekosistem EV yang mampan di Malaysia.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, Dongfeng BOX merupakan kenderaan elektrik komersial yang direka untuk memenuhi keperluan logistik bandar, dengan jarak perjalanan sehingga 430 km menggunakan bateri berkapasiti tinggi.

Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu E2 dan varian lebih tinggi, E3.

Model ini ditawarkan dalam dua varian, dengan model asas, E2 menggunakan pek bateri LFP 32.56 kWj yang lebih kecil, manakala varian lebih tinggi, E3, menggunakan bateri 43.89 kWj yang lebih besar.

Dengan cas penuh, varian E2 menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian E3 mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 430 km (CLTC).

Bateri pada varian E2 boleh menerima input pengecasan AC sehingga 3.3 kW, manakala E3 sehingga 6.6 kW. Sekiranya menggunakan pengecas pantas DC, kedua-duanya boleh dicas dalam masa hanya 30 minit daripada 30% kepada 80%. Yang menariknya, varian E3 hadir dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang mana kenderaan boleh digunakan untuk mengecas peralatan elektrik lain.

image is not available

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 12.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 140 km/j.

image is not availableimage is not available

Model ini secara standard dipasangkan dengan sistem suspensi bebas McPherson di bahagian depan dan torsion beam di belakang.

image is not available

Model ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri keselamatan terkini, dan kecekapan tenaga yang tinggi.

Model ini dipasarkan pada harga bermula dari RM100,700 untuk E2 dan RM113,700 untuk E3.

Untuk sentuhan lebih eksklusif, varian E3 turut ditawarkan dalam dua tona, iaitu bumbung putih yang boleh digabungkan dengan warna badan ungur, hijau dan biru dengan caj tambahan sebanyak RM2,000, menjadikan jumlahnya RM115,700.

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai Dongfeng Cars Malaysia, sila layari laman web rasmi di www.cadb.com.my.