"Dorang Kerja Nak Provok Kita Je" - Matty Healy Bercium Lagi, Kali Ini Dengan Vokalis Blink 182

Music
7 Aug 2023 • 11:57 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tak cukup dengan cetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat Malaysia, 'frontman' kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy buat hal lagi dengan cara yang provokatif dan tak menghiraukan sensitiviti orang lain.

Kali ini Matty bercium pula dengan vokalis kumpulan punk, Blink 182 iaitu Tom DeLonge ketika membuat persembahan Festival Muzik Lollapalooza di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pada acara berkenaan, Matty yang juga dilihat memegang botol minuman keras di atas pentas, turun ke bawah menghampiri Tom di bahagian penonton. Mereka secara spontan berpelukan dan bercium pipi sehingga aksi tersebut juga di rakam oleh banyak pihak.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu All The Small Things, Tom, kemudian memuat naik satu post di laman Instagram miliknya membuat hantaran tentang kejadian itu selain seakan turut mempersendakan undang-undang Malaysia.

image is not available"Rasanya saya dan The 1975 tidak akan datang ke Malaysia. Sepasang lelaki bercium di persembahan hebat Matty," tulisnya sindir.

Peminat-peminat kumpulan berkenaan jelas kecewa dengan provokasi yang dilakukan kedua-dua penyanyi tersebut, tambah-tambah lagi Blink 182 yang popular pada awal 2000'an dan mempunyai ramai 'die hard fans'.

image is not availableimage is not availableMenjengah ke ruangan komen, ramai yang kecewa dan ada juga yang menyokong perbuatan mereka berdua serta menganggap undang-undang Malaysia kolot.

Sebelum ini pada acara The Good Vibe Festival yang berlangsung di Sepang pada 21 Julai lalu, Matty menimbulkan kekecohan dengan aksi kurang sopan di atas pentas.

image is not availableKetika bercakap kepada penonton dia secara terbuka mempertikaikan tentang undang-undang Malaysia terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Selain itu dia juga berani meneguk minuman keras dan meludah ke arah penonton.

Susulan kejadian itu konsert terbabit dihentikan serta-merta dan acara yang sepatunya berlangsung tiga hari itu dibatalkan.

Sumber berita : Mstar