“Dorang Tau Etika, Tak Macam Band Yang Tu” – Rendah Diri & Tak Berlagak ‘Rockstar’, Telatah Kumpulan Muse Di Langkawi Dipuji Netizen

Music
25 Jul 2023 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

TTingkah laku kumpulan terkenal dari Britain, Muse yang kini sedang bercuti di Langkawi meraih perhatian dan dipuji ramai warga Malaysia.

Menerusi rakaman yang tular, kesemua ahli kumpulan yang ditemani isteri dan anak-anak mereka dilihat bersopan ketika berada di tempat penginapan.

Telatah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang di negara orang mendapat pujian ramai warganet yang membandingkan mereka dengan dua kumpulan terkenal sebelum ini.

Tiada rokok di tangan, tiada muka masam hanya sebab mereka berada di ‘3rd world country’, tiada perangai rockstar yang cliche. Hanya muka muka peramah bersama isteri dan anak.”

Ramai yang memuji sikap ahli kumpulan ini dan ada yang berkata Muse merupakan antara band yang merendah diri dan tidak bermasalah selain memberikan persembahan yang hebat.

Dalam pada itu, beberapa individu membandingkan kumpulan Muse ini dengan band yang telah menimbulkan kontroversi baru-baru ini, The 1975 dan berkata tingkah laku kedua-duanya sangat berbeza.

image is not available image is not available image is not available

Untuk info, kumpulan ini sedang berehat di Langkawi sementara tarikh konsert mereka yang akan berlangsung pada 29 Julai ini di Stadium Bukit Jalil.

image is not available 2 days ago

"Makan Daging Mentah, Raba Alat Sulit Atas Pentas" - Ini Perkara Jijik Yang Pernah Vokalis The 1975 Lakukan