DOSM – Populasi Malaysia Mencapai 42.38 Juta Menjelang 2059 Sebelum Susut Kembali

TechnologyDigital
11 Jul 2025 • 3:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan laporan terkini yang meramalkan jumlah populasi negara akan mencecah 42.38 juta menjelang 2059. Ini ialah populasi puncak negara sebelum ia dijangka susut kembali selepas itu.

image is not available

Pada penghujung dekad ini, populasi akan mencecah 36.49 juta. Pada ketika ini Malaysia mempunyai 34.2 juta penduduk menurut laporan DOSM pada Februari lalu. Pada tahun 2030, populasi lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan dengan nisbah 112:100. Daripada jumlah ini juga, 32.8 juta penduduk Malaysia adalah warganegara dan baki 3.7 juta pula bukan warganegara.

Di Malaysia kadar kelahiran ialah 1.6 bayi untuk setiap wanita yang adalah penurunan mendadak berbanding 6 bayi setiap wanita pada tahun 1957 dan 2.1 bayi setiap wanita pada tahun 2010. Kadar kelahiran 2.1 bayi untuk setiap wanita diperlukan untuk mengekalkan populasi sesebuah negara.

Penyusutan populasi Malaysia selepas 2059 berlaku lebih awal berbanding PBB yang meramalkan populasi bumi akan memuncak pada 2084 dengan 10.29 bilion. Selepas itu populasi akan menyusut disebabkan faktofr ekonomi, kepentingan diberikan kepada kerjaya, urbanisasi, tahap pendidikan wanita semakin tinggi, akses kepada kontrasepsi dan generasi baharu yang enggan berkahwin.