Doulos Hope di Sandakan hingga 22 September

LocalTravel
5 Sep 2024 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Kapal pameran buku terapung antarabangsa, Doulos Hope (gambar), kini berlabuh di pelabuhan Sandakan hingga 22 September.

Kapal kembarnya, Doulos, juga singgah di sini pada November 2000.

Majlis perasmian kapal itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Dalam ucapannya, Vivian berkata, ia satu penghormatan besar untuk Doulos Hope berada di Sandakan.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kapal ini adalah simbol komitmen kita bersama untuk menyebarkan pengetahuan, memberikan bantuan, dan memupuk harapan ke seluruh dunia. Kumpulan ini menunjukkan semangat kerjasama antarabangsa dan tujuan bersama.

“Kesungguhan usaha mereka termasuk pengarah, kapten dan semua kru sukarelawan adalah bukti apa yang boleh dicapai apabila orang dari latar belakang berbeza bersatu dengan matlamat yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarahnya, Nathan Schmutz berkata, visi kapal itu adalah untuk berkongsi ilmu, bantuan dan harapan di seluruh dunia, selain menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Kami mempunyai lebih 100 sukarelawan dari lebih 30 negara berbeza,” tambahnya.

Hadir sama, Kapten Doulos Hope, BJ Tira dari Filipina dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wilson Thomas.

Pengunjung Doulos Hope ditawarkan pilihan lebih 2,000 judul buku berbeza pada harga berpatutan.

Buku-buku ini merangkumi pelbagai subjek termasuk sains, perubatan, seni, bahasa, kepercayaan, hobi, memasak dan sukan.

Dengan tajuk kanak-kanak, teks akademik, kamus, atlas dan banyak lagi, lawatan ke pameran buku ini pastinya boleh dinikmati seisi keluarga.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article