
LABUAN: Dewan Perniagaan Labuan (DPL) memuji langkah penubuhan jawatankuasa membabitkan kerajaan Persekutuan dan Sarawak berkaitan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak baru-baru ini.
Pengerusi, Daniel Doughty berkata tindakan itu adalah keputusan tepat oleh kerajaan Sarawak.
“Kami memuji usaha kerajaan Sarawak untuk menuntut semula Pelabuhan Bintulu dan melihatnya sebagai langkah tepat untuk Sarawak,” katanya pada Khamis.
Beliau berkata dengan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak tidak lama lagi, penting untuk pihak berkaitan di Labuan mengawal had pelabuhannya dengan mewujudkan Akta Lembaga Pelabuhan Labuan.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Had Pelabuhan Labuan dan pelabuhannya adalah komponen penting bagi ekonomi Labuan, menggaji sejumlah besar penduduk serta menjana hasil yang banyak untuk kerajaan tempatan.
“Dewan Perniagaan Labuan percaya pewujudan Akta Lembaga Pelabuhan Labuan adalah cara terbaik untuk memastikan pelabuhan ini terus beroperasi dengan lancar dan cekap, memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan pelabuhan, ekonomi tempatan dan komuniti Labuan,” katanya.
Daniel berkata pihaknya menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil tindakan berdasarkan pengalaman apabila Pelabuhan Bintulu berjaya dikembalikan kepada kerajaan Sarawak, sekali gus mewujudkan jawatankuasa secara sejajar untuk bekerja ke arah pewjudan Akta Lembaga Pelabuhan Labuan.
Berlandaskan akta itu, rangka kerja undang-undang dapat disediakan untuk pelabuhan beroperasi secara bebas selain melindungi fungsi lembaga sebagai badan berkanun dan badan kawal selia pelabuhan bagi mengelakkan kekosongan undang-undang dan sebarang gangguan operasi yang tidak terjamin, katanya.
Beliau menggesa MOT bertindak untuk mewujudkan Akta Lembaga Pelabuhan Labuan secepat mungkin, memandangkan perkembangan positif mengenai Pelabuhan Bintulu baru-baru ini hanya meningkatkan keperluan untuk mewujudkan akta itu.
“Kementerian perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan operasi berterusan dan kejayaan pelabuhan ini terutama memandangkan had Pelabuhan Labuan terletak secara strategik di sepanjang laluan perkapalan antarabangsa dan perdagangan tenaga khususnya untuk industri kapal-ke-kapal (STS) dan juga memastikan pertumbuhan berterusan Labuan sebagai hab pemindahan ke kapal bagi Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA),” katanya.
DPL, yang ditubuhkan sejak 1977, baru-baru ini menarik ramai profesional pelbagai disiplin termasuk pakar logistik, pengangkutan dan pelabuhan susulan komitmennya untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan serta MOT bagi memastikan Pelabuhan Labuan terus beroperasi dengan lancar dan cekap.
DPL juga yakin pewujudan Akta Lembaga Pelabuhan Labuan adalah penting untuk melindungi fungsi lembaga itu sebagai badan berkanun dan badan kawal selia pelabuhan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


