Kolaborasi pensyarah, pelajar UIAM hasilkan pelindung muka

29 Mar 2020 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GOMBAK – Sekumpulan pensyarah kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan petugas dalam kampus.

Projek Membantu Barisan Hadapan melawan Covid-19 diterajui oleh Centre Unmanned Technologies (CUTe) iaitu sebuah pusat penyelidikan untuk pembangunan kolaborasi robot dan manusia.

Pengarah CUTe, Dr Zulkifli Zainal berkata, prototaip pertama dihasilkan pada 24 Mac lalu dan akan mula diagihkan secara berperingkat kepada petugas Pusat Kesihatan UIAM, polis bantuan dan berkaitan.

"Buat masa ini kami mempunyai tujuh mesin pencetak tiga dimensi yang mampu menghasilkan 140 unit pelindung muka sehari.

“Proses penghasilan berjalan selama 24 jam seminggu melibatkan kumpulan pensyarah, pelajar dan sukarelawan. Kami turut terlibat dengan projek lain seperti penghasilan Aerosol Box dan MediBot," katanya.

Katanya, penghasilan pelindung muka itu juga sebagai memenuhi permintaan Timbalan Rektor (Penyelidikan Kebertanggungjawaban dan Inovasi UIAM), Profesor Dr Ahmad Hafiz Zulkifly untuk kegunaan petugas menghadapi Covid-19.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved