Dr Akmal terima ugutan bunuh

26 Mar 2024 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Akmal Saleh

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah ALLAH.

Beliau berkata, telah dihubungi seorang individu yang menyuarakan kerisauan mengenai ugutan bunuh bahawa beliau akan ditembak mati suatu hari nanti sekiranya masih meneruskan kelantangan tentang isu itu.

Menurutnya, ketika itu beliau dalam perjalanan ke program rasminya dan laporan polis yang akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bertujuan untuk melindungi diri dan keluarganya.

"Insya-ALLAH petang ini saya juga akan buat laporan polis dan keluarga, dan saya takkan berganjak walaupun seinci dari pendirian saya ini.

"Kita ada ALLAH, insya-ALLAH saya serahkan kepada ALLAH dan juga pihak berkuasa untuk siasatan," katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok rasminya pada Selasa.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah ALLAH dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Tiga hari selepas itu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved