Dr Ali Muhyiddin harap Malaysia jadi model negara Islam

LocalPolitics
27 Nov 2026 • 10:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dr Ali Muhyiddin harap Malaysia jadi model negara Islam

PUTRAJAYA: Malaysia diharap menjadi negara contoh dan model terbaik kepada umat Islam di seluruh dunia, kata Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, Sheikh Prof Dr. Ali Muhyiddin Al-Qarahdaghi.

Menurutnya, harapan tinggi itu menjadi antara sebab beliau senang berkunjung ke Malaysia dan mahu melihat negara ini muncul sebagai model negara Islam yang baik.

“Saya sangat-sangat berharap agar Malaysia menjadi negara contoh dan negara model Islam,” katanya ketika menyampaikan syarahan pada Majlis Ilmu Madani yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut menzahirkan kegembiraan melihat kehadiran ramai golongan muda dalam program malam ini.

Beliau berharap golongan muda bukan sahaja memiliki kefahaman agama yang benar, malah menterjemahkannya melalui tindakan dan amalan.

Katanya, syiar golongan muda seharusnya lebih banyak bekerja berbanding bercakap, sebagaimana yang digambarkan menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Kahfi.

Justeru, beliau menekankan kepentingan golongan muda mengutamakan tindakan dan usaha berbanding sekadar berbicara, selain memastikan segala tindakan berlandaskan kefahaman yang benar.

Dalam pada itu, Dr Ali Muhyiddin berkata, beliau amat mengenali Anwar ketika menziarahi Allahyarham Syeikh Yusuf al-Qaradawi sewaktu memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).  – UTUSAN

The post Dr Ali Muhyiddin harap Malaysia jadi model negara Islam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved