Dr Grace Lee Hwee Ling dilantik sebagai CFO Astro baharu berkuat kuasa 1 Januari 2024

Business & Finance
19 Dec 2023 • 5:56 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dr Grace Lee Hwee Ling dilantik sebagai CFO Astro baharu berkuat kuasa 1 Januari 2024

zulfadli

19/12/2023 - 17:56

KUALA LUMPUR 19 Dis - Astro Malaysia Holdings Bhd melantik Dr Grace Lee Hwee Ling sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharunya berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Astro berkata, Lee, 48, akan menggantikan Shafiq Abdul Jabbar, 46, yang dilantik sebagai CFO AMMB Holding’s Bhd mulai 15 Februari 2024.

Lee menyertai semula Astro sebagai ketua pegawai operasi kumpulan pada Ogos 2023.

Sebelum itu, beliau adalah CFO Aeon Co (M) Bhd.

Sebelum menyertai Aeon, beliau pernah berkhidmat di Astro dari 2002 hingga 2021 dan memegang beberapa jawatan termasuk ketua penambahbaikan proses, pengawal kewangan kumpulan, ketua pegawai risiko, ketua pegawai eksekutif Go Shop dan pegawai transformasi kumpulan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved