Dr Mahathar Dilantik Ketua Pengarah Kesihatan Baharu

LocalHealth & Fitness
28 May 2025 • 10:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dr Mahathar Dilantik Ketua Pengarah Kesihatan Baharu

PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau berkata Dr Mahathar, 56, mula berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Perubatan pada 1 Okt 1996.

“Dr Mahathar berkelulusan Bachelor of Medical Science daripada University St Andrews, Scotland, Bachelor of Medicine and Bachelor Surgery (University of Manchester, United Kingdom) serta Master of Emergency Medicine (Universiti Sains Malaysia).

“Saya percaya dengan kompetensi dan kredibiliti beliau untuk memacu agenda reformasi kesihatan yang sedang dilaksanakan pada masa ini untuk penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, mesra serta profesional dalam memastikan manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Dr Mahathar adalah bagi menggantikan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, yang bersara wajib pada 1 Mei lepas setelah menyandang jawatan itu bermula 21 April 2023.

Sumber: BERNAMA