Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu

Politics
11 Feb 2023 • 1:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) dijangka mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad minggu depan.

Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dalam perjumpaan itu nanti, Presiden MN Tan Sri Annuar Musa akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung hala tuju pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

“Perjumpaan ini penting kerana Tun Dr Mahathir (pernah) berkata kita kena duduk semeja dan perlu menganjurkan penyatuan dan perpaduan secara total di negara ini,“ katanya kepada pemberita selepas Wacana Muafakat Nasional bertajuk ‘Muafakat Demi Negara’ di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Melor, di sini semalam.

Antara panel yang hadir pada wacana itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pendakwah serta Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved