Dr Mahathir Bukan Reformis, PH Berpeluang Menang PRU - Anwar

Politics
23 Sep 2022 • 11:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata, beliau percaya gabungan politik berkenaan memiliki kelebihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah seorang reformis.

Anwar berkata, ia dapat dilihat apabila Pakatan Harapan (PH) kembali kepada isu perkauman selepas dipimpin Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh, sekali gus bercanggah dengan agenda berbagai kaum diperjuang gabungan berkenaan.

“Pada 2018, kita berjaya meraih kerusi secukupnya dan mengambil pendekatan tertentu untuk membuat langkah reformasi, namun ia dilihat hanya separuh hati.

“Ini kerana ketua bagi kerajaan yang dikatakan kerajaan reformasi ini bukanlah seorang reformis dan beliau tidak percaya akan reformasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video dimuat naik di Facebook hari ini.

Selain itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau percaya gabungan politik berkenaan memiliki kelebihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, kepercayaan itu susulan perselisihan antara dua pemimpin kerajaan hari ini, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengingatkan, meskipun tanpa penglibatan Dr Mahathir pada pilihan raya 2013, gabungan pembangkang meraih 52 peratus undi popular.

“Ini berjaya diperoleh walaupun kita tidak berjaya meraih kerusi secukupnya untuk membentuk kerajaan,” katanya. - Getaran, 23 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved