Dr Mahathir Dakwa Undang-Undang Kini ‘Ancaman Kepada Rakyat’

LocalPolitics
18 Apr 2024 • 11:14 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang di Malaysia sebagai satu ancaman memandangkan rakyat sukar untuk mematuhi tuntutan yang dibuat oleh mahkamah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun X miliknya, beliau menyatakan bahawa kedaulatan undang-undang yang dipercayai oleh rakyat seharusnya diwujudkan untuk melindungi, namun kini ia digunakan sebagai alat untuk mengancam.

image is not available

 

Foto: IG Chedetofficial

“Kami percaya kepada kedaulatan undang-undang. Kami menganggap bahawa undang-undang dibuat untuk melindungi kami. Tetapi sekarang kita melihat undang-undang digunakan untuk mengancam kita.
“Pihak berkuasa kerajaan hanya menyatakan bahawa kegagalan mematuhi arahannya boleh mengakibatkan dipenjarakan dan didenda. Tiada sebutan dibuat mengenai perbicaraan mahkamah,” katanya.

Jelasnya, pihak kerajaan hanya memberi penegasan terhadap risiko sekiranya mereka gagal untuk mematuhi undang-undang tanpa memberi sebarang jaminan mengenai perbicaraan mahkamah.

Memandangkan tuntutan yang diajukan terhadap individu sukar untuk dipatuhi, mereka seharusnya melakukan proses penyelidikan menyeluruh terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

image is not available

Foto: IG Chedetofficial

“Kebanyakan orang tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa yang panjang itu. Tetapi kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat. Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan. Ia boleh mengakibatkan penjara. Itulah ancamannya,” ujarnya.

Mahathir berkata, individu yang tidak mempunyai rekod aktiviti untuk jangka masa panjang serta gagal melapor berisiko untuk dihukum merupakan sesuatu yang zalim.

Beliau juga menganggap permintaan untuk menyiasat tindakan yang mencurigakan tanpa memastikan ia jenayah atau tidak, boleh menimbulkan kekeliruan dalam proses undang-undang.

Sumber: X Chedetofficial