Dr Mahathir Positif COVID-19

Politics
31 Aug 2022 • 11:35 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan positif COVID-19 pagi ini.

Pejabat Dr Mahathir menerusi kenyataan memaklumkan, Ahli Parlimen Langkawi berusia 97 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan beberapa hari.

“Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti dinasihatkan pasukan kesihatan,” menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.

image is not available

Di ruangan komen, majoriti warganet mengharapkan Dr Mahathir cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

Pengguna media sosial, Abdul Bar Abdul Majid mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kesembuhan segera buat Dr Mahathir.

Sementara itu, Rafidah Mohamed Khan mendoakan agar pemimpin terbabit diberi kekuatan untuk mengharungi COVID-19 dan kembali sihat.

Seorang lagi pengguna, Mohd Syafiq Omar turut mendoakan perkara sama.

“Semoga Tun kembali sihat, umur panjang serta sentiasa di bawah rahmat dan redha-Nya,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved