Dr Mahathir sedar, tidak dalam keadaan kritikal di IJN: sumber

Politics
19 Feb 2024 • 8:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya tidak berada dalam keadaan kritikal.

Menurut sumber, Dr Mahathir ‘sedar’ dan dalam keadaan stabil, berbeza dengan khabar angin yang tular di media sosial.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa IJN dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan Dr Mahathir dalam masa terdekat.

Pada 13 Februari lalu, Dr Mahathir dilaporkan akan menjalani tempoh berehat selepas dirawat di IJN kerana jangkitan.

Ia susulan bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Dr Mahathir mengesahkan bahawa beliau dimasukkan ke IJN untuk rawatan berkaitan jangkitan.

Sebelum itu, Dr Mahathir dilaporkan dimasukkan ke IJN pada September 2022 selepas dijangkiti Covid-19. - 19 Februari 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved