Dr Maza beri amaran pada jurunikah, jangan buli pengantin ‘tanya bukan-bukan’

Politics
2 Nov 2023 • 11:43 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada jurunikah di negeri berkenaan supaya tidak menguji pengantin lelaki dengan 'membuli' mereka ketika ijab dan kabul.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza memberi contoh ada jurunikah yang meminta bakal pengantin lelaki mengucap dua kalimah syahadah, membaca Al-Fatihah serta ayatul kursi sehingga memalukan pihak terbabit.

Di Perlis, katanya, tiada perkara berkenaan dilakukan dan jika ia berlaku maka beliau meminta supaya maklumat tersebut disalurkan kepada pejabat Mufti.

“Ia adalah majlis gembira untuk pengantin lelaki tetapi dia dimalukan di hadapan rakan-rakan serta bakal isterinya. Tentulah apabila duduk di depan tok kadi, dia akan gugup dan terlupa.

“Tetapi masa inilah jurunikah nak ‘try’ pengantin lelaki, minta baca macam-macam kononnya nak kukuhkan iman? Pasai apa you (awak)  tau iman dia tak kukuh. Iman you (awak) macam mana?.

“Baru-baru ini ada orang bagitau di Perlis, masa ni la nak ‘try’ pengantin. Saya marah ni. Kita tak mau macam ini. Dia (pengantin lelaki) sedang sempurnakan agama dia,’’ katanya menerusi video yang tular di media sosial.

Tegasnya, jika ada sesiapa yang melakukan ‘pembulian’ itu, maka beliau akan memanggil individu terbabit.

“Siapa’ try’ pengantin, dalam majlis perjumpaan nanti, saya nak try dia pulak di dalam majlis, apa perasaan dia.

“Biar ia berlaku di negeri lain, bukan di Perlis. Ini adalah masalah mentaliti,’’ katanya. – 2 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved