Dr Mohammad Hanis dilantik CEO baharu Bank Rakyat

Business & Finance
1 Jul 2022 • 6:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelantikan Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat yang baharu berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman beliau selama lebih 26 tahun dalam sektor perbankan dan kewangan Islam yang mana beliau telah memegang pelbagai peranan dalam bidang perbendaharaan dan pelaburan, perbankan runcit serta perbankan perniagaan.

“Menerusi kepimpinan beliau, prestasi Bank Rakyat dilihat akan terus kukuh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Pada masa yang sama Bank Rakyat dapat mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Dr Mohammad Hanis sebagai CEO baharu berikutan prestasi yang ditunjukkan beliau ketika menggalas tugas sebagai Pemangku CEO sejak 1 April lalu.

“Menerusi pengalaman luasnya, beliau akan dapat menerajui Bank Rakyat dalam fasa pertumbuhan seterusnya berteraskan rangka tindakan pelan strategik BR25 (Bank Rakyat 2025) seperti digitalisasi, kelestarian, kepimpinan Syariah dan pengalaman terbaik pelanggan,” katanya.

Dr Mohammad Hanis telah berkhidmat lebih 12 tahun di Bank Rakyat merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ekonomi) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Islam Antarabangsa serta Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan dari University of East London, United Kingdom.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved