Dr Noor Hisham Tegur Perbuatan Noh Salleh Pegang Rokok Di KLFW22

23 Aug 2022 • 10:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Noh Salleh memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan ketika muncul di pentas KLFW2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil menegur aksi penyanyi Noh Salleh yang memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022).

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di akaun media sosial rasminya, Dr Noor Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

image is not available
Dr Noor Hisham Abdullah

Noor Hisham turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Noh pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik semasa ditemubual media dalam sebuah acara yang berlangsung sekitar Julai lalu. - Getaran, 23 Ogos 2022