
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa membuat lawatan mengejut ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.
Dr Zaliha berkata tinjauan mengejut itu dilakukan kerana beliau ingin mendengar maklum balas pesakit mengenai perkhidmatan di HTAR termasuk isu waktu menunggu di Jabatan Kecemasan.

“Rata-rata pesakit yang ditemui memberitahu perlu ada penambahbaikan waktu menunggu.
“Ketika sesi lawatan mengejut itu juga, saya turut mendengar cadangan daripada petugas-petugas kesihatan Jabatan Kecemasan HTAR bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan dan menzahirkan keprihatinannya terhadap isu yang dibangkitkan,” memetik ciapan yang dimuat naik di Twitter pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Zaliha juga memaklumkan akan memperkukuhkan inisiatif yang telah diambil hospital terbabit sebelum ini.
“Antara inisiatif HTAR ialah menyediakan wad bagi pesakit stabil yang dijangka pulang selepas dua atau tiga hari (short stay ward), menggunakan teknologi digital bagi menguruskan penggunaan katil serta berkomunikasi antara kakitangan hospital dan kakitangan di Klinik Kesihatan.
“Segala maklum balas yang diterima telah dibawa ke mesyuarat bersama pasukan di KKM bagi menambah baik masa menunggu di Jabatan Kecemasan,” tambahnya lagi.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial @ansaleya membuat ciapan berkenaan dengan seorang wanita yang diperlihatkan seperti Dr Zaliha, sedang berbual dengan pengunjung.
Ok dah check, memang menteri kesihatan dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah malam tadi. HAHA
Siapa je perasan kalau datang mengejut mcm pesakit jugak? Patut la dia mcm tanya beberapa orang. Mcm takde pun orang sedar tu menteri kesihatan
pic.twitter.com/yiw1m45pU5
— laniske (@ansaleya) December 29, 2022
Pada awalnya, pengguna media sosial terbabit tidak dapat memastikan siapa kelibat itu tetapi selepas dikenal pasti, dia akhirnya mengetahui bahawa wanita tersebut merupakan Dr Zaliha.

“Memang pasti malam tadi memang Menteri Kesihatan. Siapa sahaja yang perasan kalau datang mengejut macam pesakit juga kan?
“Patutlah dia ada tanya beberapa orang di HTAR. Macam tiada siapa pun yang sedar itu Menteri Kesihatan,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya secara mengejut pada hari pertama beliau menerajui Kementerian Pengangkutan (MOT).
Saya telah mengadakan tinjauan ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.
Saya ingin mendengar maklum balas pesakit tentang perkhidmatan di HTAR termasuk isu waktu menunggu yang lama di Jabatan Kecemasan. pic.twitter.com/1dYCmYYvAp
— Dr.Zaliha Mustafa (@Zaliha_DrZ) December 29, 2022
Sumber: Zaliha Mustafa via Twitter
The post Dr Zaliha Buat Lawatan Mengejut Di HTAR, Ingin Dengar Maklum Balas Pesakit appeared first on Siakap Keli.

