Dr Zulkifli usik Syed Saddiq – “Bila dah berdua, baru semangat dalam Parlimen!”

LocalPolitics
10 Feb 2025 • 1:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Usik Syed Saddiq

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri usik Syed Saddiq dengan memberi bayangan untuk segera mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Zulkifli di laman TikToknya, beliau telah berjumpa dengan Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan kenalan mereka.

Dalam perkongsian itu, beliau menyifatkan Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seorang anak muda yang baik dan beradab.

Usik Syed Saddiq

image is not available

“Lama tak bertemu dengan YB Syed Saddiq, jumpa beliua di majlis perkahwinan kenalan kami. Banyak juga yang kami bualkan.

“YB Syed Saddiq anak muda yang ada potensi untuk pergi lebih jauh, semoga dipermudahkan semua urusan YB untuk manfaat rakyat Muar,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Zulkifli sempat bergurau senda Ahli Parlimen Muar itu dapat menguruskan kerjaya sebagai wakil rakyat dengan lebih semangat sekiranya memiliki pasangan hidup.

Usik Syed Saddiq

image is not available

“Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada ‘janji’ yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!” usik Dr Zulkifli.

Terdahulu, Syed Saddiq mencuri perhatian ramai apabial dia kerap muncul dengan aktres Bella Astillah sehingga tular di platform media sosial termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini.

Malah, mereka turut ‘dikenenkan’ oleh netizen kerana Syed Saddiq telah melayani Bella dengan baik termasuklah kupaskan kulit udang ketika menjamah makanan.

image is not available

Sumber: TikTok @drzulkiflialbakri