Draf Undang-Undang Penubuhan Majlis Media Dijangka Dibentang Seawal Oktober Ini - Fahmi

28 May 2023 • 6:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi Fadzil - Gambar oleh Amirul Fitri Hamizan

IPOH - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam fasa akhir untuk menyiapkan draf undang-undang bagi penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kandungan draf itu adalah hasil daripada proses libat urus antara KKD, pengamal media dan pihak pernah terlibat sebelum ini.

Katanya, draf disiapkan beliau bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching itu akan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.

“Seterusnya ia (draf) akan diangkat ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Selepas diterima dan diluluskan di Jemaah Menteri, maka ia akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dan Pelancaran Tabung Kasih@HAWANA di sini, sebentar tadi.

Fahmi memaklumkan, pihak KKD menjangkakan draf terbabit dibentangkan seawalnya pada sidang media Oktober depan.

“Ataupun selewat-lewatnya sidang pertama pada tahun 2024 sekitar Mac.

“Jadi, insya allah menjelang tahun depan kita harap, HAWANA 2024 akan dapat diurus, diselenggara dan dilaksanakan Majlis Media Malaysia,” katanya. 

BERITA LANJUT MENYUSUL