Drama ‘Queen Of Tears’ Dah Dirancang Untuk Dihasilkan Sejak 14 Tahun Lalu?

Entertainment
30 Apr 2024 • 10:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Betul ke drama “Queen of Tears” katanya sudah dirancang untuk dihasilkan sejak lebih 10 tahun yang lalu?

Baru-baru ini, seorang peminat mendapati bahawa tajuk “Queen of Tears” telah didaftarkan untuk hak cipta sejak tahun 2010 lagi.

Oleh sebab itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa naskhah ini telah ditulis sejak 14 tahun yang lalu dan sebab ini juga lah drama tersebut mempunyai elemen seperti K-Drama lama.

Bagaimanapun, ramai yang percaya bahawa “Queen of Tears” yang didaftarkan untuk hak cipta itu adalah untuk drama “Queen of Reversals” yang ditayangkan pada 2010, yang pada asalnya mempunyai tajuk sama seperti drama yang diterajui Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun.

Untuk pengetahuan, kedua-dua drama “Queen of Tears” dan “Queen of Reversals” ditulis oleh penulis yang sama iaitu Park Ji-eun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.