Drama Romantik Komedi Pertama, Jung Haein Sah Terajui ‘Mom’s Friend’s Son’

EntertainmentMovie
13 Dec 2023 • 10:17 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jung Hae-in akan kembali menemui peminat di dalam drama terbarunya yang akan datang!

Pada 13 Disember, FNC Entertainment telah mengesahkan bahawa Jung Hae-in akan terlibat di dalam drama tvN yang akan datang iaitu “Mom’s Friend’s Son”.

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba untuk memulakan kehidupan baru dan seorang anak lelaki rakan ibunya yang dianggap sebagai titik gelap dalam hidup wanita itu.

Di dalam drama ini, Jung Hae-in akan memegang watak sebagai Choi Seung-hyo, iaitu anak lelaki kepada rakan ibu Bae Seok-ryu. Di mana, dia merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat arkitek.

image is not available

Dalam masa yang sama, drama romantik komedi pertama yang akan dimainkan oleh Jung Hae-in ini turut mendapat perhatian ramai kerana ianya ditulis oleh penulis skrip yang sama bagi drama “Hometown Cha Cha Cha”.

Penggambaran drama ini akan dimulakan pada awal tahun hadapan dan dijangka bakal ditayangkan pada penggal kedua tahun 2024.

Korang dah sedia ke belum nak tonton drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.