Dream Machine Ialah Sebuah Lagi AI Generatif Menjana Video Berdasarkan Teks dan Imej

TechnologyDigital
14 Jun 2024 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Luma AI telah melancarkan Dream Machine yang adalah sebuah lagi kecerdasan buatan (AI) generatif yang boleh menjana imej berdasarkan input teks dan imej yang diberikan oleh pengguna. Dream Machine boleh menjana video sehingga lima saat dalam pelbagai gaya serta pergerakan kamera.

Janaan video menggunakan teks adalah rawak dan bergantung kepada prom yang diberikan. Janaan menggunakan imej pula lebih terkawal dengan pengguna memuat naik satu imej sebagai templat dan kemudian memberikan arahan untuk animasi dihasilkan berdasarkan imej tersebut. Dream Machine kini boleh dicuba secara percuma dengan ia memerlukan log masuk menggunakan akuan Google.

image is not available

Berdasarkan ujian kami, video mengambil masa beberapa minit untuk dijana pada resolusi yang agak rendah. Hasil video juga masih tidak nampak begitu semula jadi. Luma AI mengatakan Dream Machine masih belum cukup sempurna dengan ia masih mempunyai masalah memahami arah, cara pergerakan semula jadi, menghasilkan kembar dua kepala dan tidak boleh menghasilkan video dengan teks tertera di dalamnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved