Dron Digunakan Untuk Menyeludup Dadah Ke Dalam Penjara Tapah

TechnologyDigital
10 Aug 2024 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dron telah digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Tapah, Perak. Menurut laporan Bernama, seorang anggota polis menemukan dron di atas bumbung penjara semalam. Turut ditemukan ialah beg plastik yang mengandungi dadah dipercayai heroin seberat 122 gram dan dadah dipercayai amfetamin seberat 12.9 gram.

image is not available

Dalam gambar yang dikongsi oleh pihak PDRM, dron dari jenis kuadkipas digunakan untuk membawa kargo dadah ke dalam penjara. Pihak Polis percaya ini ialah insiden pertama dron digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke dalam penjara di Malaysia.

Sejak 2020 sudah muncul laporan dron digunakan untuk menyeludup dadah menerusi sempadan negara. Sementara itu di Mexico, dron kerap kali digunakan kartel untuk menyeludup dadah ke dalam penjara negara tersebut. Dalam kesemua kes, dron komersial yang sepatutnya digunakan untuk rekeasi diubahsuai untuk kegiatan jenayah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved