
MERAQUE yang merupakan salah satu daripada 20 syarikat dron terbaik di dunia melancarkan Dron EduKit Meraque baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Md Razalee Ismail berkata, dron pendidikan mesra bilik darjah itu direka oleh bekas pendidik dengan kerjasama pakar pembangunan kanak-kanak.

“Gajet berkenaan memberi peluang untuk kanak-kanak agar dapat belajar lebih lanjut tentang litar ringkas dan kompleks, pengekodan serta pemprograman dalam persekitaran yang selamat. Pasti mereka akan teruja setiap kali melihat dron masing-masing terbang dan ‘beraksi’ apabila diterbalikkan 360 darjah,” ujarnya.

Fitur itu antara lain merangkumi modul pembelajaran yang meliputi peraturan, keselamatan, komponen dan kawalan, teknologi dalam pelbagai dron serta lain-lain.
Berikut spesifikasi Dron EduKit Meraque:
-Jarak Kawalan: 100 meter
-Masa Penerbangan: 10 minit
-Motor: 1020 diberus
-Berat: 128gram
-Jarak roda: 148mm
-Komponen: 4 motor, 4 kipas, 4 kipas tambahan, hab dron dengan kamera atas-papan, bateri dan pengecas bateri.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.meraque.com/
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
The post Dron Edukit Meraque canggih dicipta khusus untuk kanak-kanak, mesra bilik darjah dan mengujakan appeared first on Sinar Plus.


