Dron General Atomics MQ-9B Versi AEW&C Diumumkan

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam permainan Call of Duty, dron Predator boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu ke atas musuh. Sejak dari awal pembangunannya, siri dron MQ dibangunkan oleh General Atomics sebagai platform senjata. Di Pertunjukan Udara Paris hari ini, General Atomics mengumumkan varian MQ-9B dengan kemampuan sebagai platform Amaran Awal Udara dan Kawalan (AEW&C).

image is not available

Varian dengan kemampuan AEW&C ini dibangunkan menerusi kerjasama Saab. Ia dibangunkan khusus bagi menawarkan kemampuan penderiaan tinggi untuk mempertahankan diri daripada pesawat, peluru berpandu, dron dan pelbagai lagi ancaman musuh di medan operasi.

Dalam kawasan yang tidak selamat untuk operasi pesawat AEW&C seperti E-2 Hawkeye dan E-3 Sentry, MQ-9B boleh diterbangkan ke ruang udara bagi melakukan tugas yang berisiko. Ia turut boleh dilancarkan daripada geladak kapal perang yang tidak diiringi pesawat pengangkut kapal terbang.

General Atomics dan Saab menyasarkan MQ-9B dengan kemampuan AEW&C ini akan beroperasi seawal 2026.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved