Dron Huntress II Mampu Terbang Pada Kelajuan Hampir 500 KM/J

TechnologyDigital
31 Jan 2024 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dron kuadrotor mempunyai kekurangan di mana ia mempunyai jarak penerbangan yang terhad serta tidak boleh terbang sepantas sebuah kapal terban konvensional. Sebab ini berlaku ialah kerana kuasa bateri yang masih terhad. WaveAerospace sebuah syarikat dari Amerika Syarikat telah memperlihatkan dron Huntress II mereka yang didakwa boleh terbang pada kelajuan Mach 0.4 (~494 km/j).

image is not available

Huntress II menggunakan empat motor elektrik untuk sistem penerbangan menegak dan satu enjin jet turbofan yang memerlukan bahan api jet. Apabila kelajuan tinggi diperlukan, enjin jet akan diaktifkan sebelum kembali ke kuasa motor elektrik untuk mendarat. Menerusi tempat simpanan kargo, dron selebar 4 meter ini boleh membawa kargo seberat 50 kilogram, dan terbang sejauh 120 kilometer.

Kemampuan unik lain Huntress II ialah ia boleh dilancarkan daripada sebuah kapal terbang. Jelas WaveAerospace menyasarkan penggunaan oleh pihak tentera. Beberapa prototaip sebelum ini dibangunkan pada skala kecil dan hanya menggunakan motor elektrik. Ia dijangka boleh memulakan operasi seawal 2025 selepas proses pembangunan selama lima tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved